About

This is a small world where I put together my ideas into a thought. A thought then written down by the 'sword' of my hands. I'm a believer of God. Hereafter, be my witness, just what have I done, within this blog.

"God, give me the strength to write".

Thursday, January 12, 2012

Harga Sebuah Syurga

Syurga itu sebenarnya tidak layak untuk kita katakan sebagai 'sebuah'. Malah kata Muhammad Ali Al-Kulaib dalam Ahwalunnar:
"Inilah negeri orang-orang yang dianugerahi kenikmatan dari kalangan para nabi, siddiqin, para syuhada' dan orang-orang soleh, negeri yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, negeri yang istananya berbatu-batu emas, berbatu-bata perak, berbau kasturi wangi, dan bertatah mutiara dan yaqut.

Tanahnya berasal dari za'faran, dan khemah-khemahnya berasal daripada mutiara berlubang. Wallahi, ia adalah negeri yang berkilau kemilau dan berbau semerbak, dengan sungai yang terus mengalir dan buah-buahan bersusun hijau, serta isteri-isteri nan cantik jelita.

Di sana, wahai hamba Allah, mereka makan dan bersenang-senang, tidak pernah mengeluarkan hingus atau membuang air, hanya mengeluarkan bau kasturi. Di sana mereka tertawa dan tidak pernah menangis. Di sana mereka menetap dan tidak pernah berpindah. Di sana mereka hidup dan tidak pernah mati. Di sana wajah-wajah tertawa dan cerah. Di sana terdapat keindahan yang nyata dan hurrun 'iin (bidadari syurga).

Di sana terdapat kesenangan abadi. Di sana segala sesuatu indah. Di sanalah hijab akan tersingkap, dan mereka pun melihat wajah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemberi. Di sanala wahai hamba Allah, terdapat sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah terdengan oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati manusia."

Optimistik Tentang Syurga

Anda mungkin pernah dengar pepatah omputeh ini;
"Shoot for the moon, if you miss, you will land among the stars"
 Sebenarnya Baginda Muhammad saw juga pernah bersabda, yang mafhumnya;
"Sesungguhnya di syurga terdapat 100 tingkatan yang disediakan Allah bagi yang berjihad di jalanNya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkatan yang lain seperti jarak antara langit dan bumi. Maka jika kalian minta kepada Allah, mintalah syurga Firdaus. Kerana ia adalah syurga terbaik dan yang tertinggi" -HR Bukhari, lihat Fathul Bari 6:351-
Rasullulah ajar kita untuk jadi manusia yang optimistik. Mohon untuk dapat syurga tertinggi, kalau dapat syurga yang rendah tarafnya pun jadilah. Siapa nak bagi syurga kat kita yang banyak dosa ini melainkan dengan sifat rahimnya (baca: kasih) Allah swt kepada kita hambanya.

Ini juga teknik berdoa kepada Allah, mohon banyak-banyak, sebab Allah Maha Kaya, Dia malu untuk tidak mangabulkan doa para hambaNya kerana permintaan mereka terlampau kecil dan sedikit, bahkan tidak mengurangi sedikit pun rizab Kekayaan Allah swt. Ini kita perlu yakin, cuma lambat atau cepat sahaja bezanya.

Yang Pertama Memasuki Syurga

Manusia pertama yang memasuki syurga tidak lain tidak bukan adalah Rasullullah saw dan Abu Bakar As-Siddiq r.a. Kelompok pertama yang memasuki syurga tanpa hisab berjumlah 70,000 orang. Mereka saling bergandingan tangan hingga masuk syurga kesemuanya. Wajah mereka pula seperti bulan purnama.
"Di antara umatku ada 70,000 atau 700,000 yang memasuki syurga dengan saling bergandingan tangan satu dengan yang lain. Yang pertama akan masuk setelah yang akhir juga ikut masuk. Wajah mereka seperti bulan purnama" -HR Bukhari dan Muslim, lihat Fathul Bari 16:206 dan Sahih Muslim 198-
Rasullullah saw bersabda;
"...Adapun 3 golongan yang pertama memasuki syurga adalah golongan syahid, orang yang tidak disibukkan dengan dunia dan taat kepada Rabbnya, dan orang fakir yang memiliki tanggungan namun ia menjaga diri daripada meminta-minta". -HR Ahmad-
Yang Terakhir Memasuki Syurga

Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, hamba yang terakhir sekali memasuki syurga dalah orang yang melintasi titian, terkadang jalan dan merangkak dan terkadang dibakar api sehingga hangus. Allah memerintahkannya untuk masuk syurga, namun ia melihat seakan syurga telah penuh sesak. Allah berkata kepadanya bahawa ia akan diberikan kenikmatan sepuluh kali dunia dan seisinya, sehingga ia merasa dipermainkan oleh Allah swt. Namun Allah swt berfirman, : Itulah darjat penghuni syurga yang paling rendah kelasnya".

Hadis ini juga dihurai lebih panjang dan mendalam oleh hadis pertanyaan Nabi Musa a.s. kepada Allah swt tentang darjat terendah dan darjat tertinggi penghuni syurga yang diriwayatkan secara marfu' daripada Rasullullah saw oleh Al-Mughirah bin Syu'bah.

Tips Memasuki Syurga

Memasuki syurga itu impian tertinggi dan terakhir (baca: the ultimate vision) semua umat Islam di dunia ini. Ibrahim bin Adham berkata, "daripada 1000 umat akhir zaman ini, hanya seorang sahaja akan mendapat syurga". Anda nampak sekarang?. Syurga itu tidak murah dan tidak mudah. Bagaimana dengan 999 orang lagi umat Islam akhir zaman ini?. Adakah semuanya akan dihumban para Malaikat Allah ke dalam neraka?. Nauzubillahi min zalik.

Ramai para sahabat bertanyakan kepada Rasullullah saw soalan yang sama, "Apakah cukup aku ini dengan amalan sekian, sekian untuk memasuki syurga?". Jawapan Nabi saw pula pelbagai bergantung dengan keadaan sahabat tersebut. Nabi saw bahkan menyebut nama-nama sahabat yang bakal bersama dengan Baginda di syurga kelak. Indah bukan?.

Persoalannya, kita siapa wahai teman, wahai rakan, wahai sahabat sekalian?. Nak minta tips daripada Nabi saw bagaimana hendak memasuki syurga sudah tidak boleh, cuma yang tinggal adalah hadis-hadis pesanan Nabi saw kepada kita, bagaimana untuk menggapai syurga. Carilah, sebarkanlah, moga-moga, kita menjadi golongan yang meramaikan syurga dan ahlinya, bukan tergolong bersama mereka yang tersusun atur ke neraka.

Hendak mencapai syurga dan abadi di dalamnya bukan mudah, jalannya penuh ranjau, onak dan duri. Apa mungkin duri bunga ros tidak setajam duri-duri yang terbentang di jalan ini. Persamaan kita dan para sahabat adalah mereka menjadi penerus dakwah para Nabi. Usaha mulia ini dipandang hina, dicaci-maki, ditohmah dan sebagainya, namun untuk berehat daripadanya bukan di dunia, tapi abadi di akhirat sana.

Say, "This is my way; I invite to Allah with insight, I and those who follow me. And exalted is Allah ; and I am not of those who associate others with Him." Kredit

0 comments:

Post a Comment