Sunday, January 31, 2010

Mesyuarat : Adab-Adab & Fadhilat


Bismillahirahmanirahim
Asalamualaikum wrt wbt


Firman Allah yg bermaksud:


dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu (Ali Imran: 159) 


Firman Allah lagi yg bermaksud:


Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna: dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami berik kepadaNya; [Syura: 38] 


TUJUAN MESYUARAT 


Untuk mewujudkan satu fikir, satu hati dan satu kerja didalam menyempurnakan tuntutan usaha agama. Ini juga merupakan sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan satu perintah Allah subhanahu wataala yang amat penting.


FADHILAT MESYUARAT: 

Berkat mesyuarat menyebabkan tertangguhnya sebarang azab yang hendak diturunkan dan akan mempercepatkan turunnya rahmat Allah taala.


Melalui mesyuarat kita akan mendapat berkat wahyu.

Tidak rugi mereka yang bermesyuarat dan tidak menyesal mereka yang bersolat istikharah untuk membuat 
sesuatu pilihan dan keputusan.

Setiap keputusan hasil dari mesyuarat pasti ada kebaikan dan kejayaan.

Mereka yang menerima keputusan mesyuarat dan berazam untuk beramal denganya, Allah Subhanahu wataala akan menghantar malaikat untuk menyertainya.


ADAB-ADAB MESYUARAT 

Lantik seorang Amir untuk mengendalikan mesyuarat.
   
Mesyuaratlah dengan penuh tawajjuh kepada Allah taala.

Mesyuaratlah dengan kasih sayang dan berniat untuk mengamalkannya.

Amir boleh meminta syor dari sebelah kanan dan tidak semestinya meminta syor dari setiap orang, tetapi maruah setiap orang mesti dijaga.

Apabila Amir meminta syor dari kita, maka berilah syor dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut, jangan ada niat untuk menyokong atau membangkang.

Janganlah merasakan syor kita sahaja yang terbaik lalu mendesak Amir dan ahli jemaah untuk menerimanya kerana ini akan menjauhkan kita dari mendapat nusrah dari Allah taala.

Sebaliknya berilah syor yang paling baik dari kita dan anggaplah syor kita yang paling lemah dari syor orang lain.

Berilah syor dengan meletakkan kepentingan agama di depan dan kepentingan diri dan kepentingan dunia di belakang.

Hargailah dan hormatilah setiap syor dari orang lain.

Janganlah mentertawakan atau memandang rendah syor orang lain kerana setiap syor boleh mencetuskan idea yang lebih baik.

Setiap orang semestinyalah ingat dalam dirinya bahawa syornya hanyalah mengikut hawa nafsunya sahaja. Maka jika ditolak hendaklah dia bersyukur dan jika syornya diterima maka hendaklah beristighfar kerana mungkin syornya akan mendatangkan keburukan dan kemudharatan kepada agama Allah subhanahu wataala.

Janganlah mengeluarkan sesuatu syor yang kita sendiri merasakan syor itu akan membawa kepada perpecahan dan perbalahan.

Syor diberi sebagai syor saya dan keputusan sebagai keputusan kita

Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan ilham yang dikurniakan oleh Allah taala kepada Amir berkat kerjasama dan tawajjuh semua ahli mesyuarat.

Keputusan yang dibuat tidak bergantung kepada jumlah syor yang majority atau minority tetapi jika syor majority itu boleh membawa perpaduan dan kasih sayang maka itu adalah dibenarkan.

Amir hendaklah memikirkan setiap syor secara mendalam dan membuat keputusan dengan jujur dan ikhlas tanpa menimbulkan sebarang syak wasangka di kalangan ahli jemaah.

Mesyuarat sebelum mesyuarat adalah khianat dan mesyuarat selepas mesyuarat adalah fitnah

Seorang amir janganlah bersikap seperti seorang diktator di dalam membuat keputusan sebaliknya dia hendaklah selalu berbincang dengan ahli jemaahnya.

Semua ahli mesyuarat hendaklah memberi kerjasama kepada Amir dan mentaati setiap keputusan yang Amir buat. Anggaplah bahawa syor merekalah yang sedang di amalkan bersama.

Kalau seseorang merasakan bahawa syorlah yang paling betul maka dia janganlah sekali-kali mencebir atau mencemuh Amir sebaliknya dia hendaklah yakin bahawa keputusan Amirlah yang akan membawa kejayaan dan kebaikan.

Jika sesuatu keputusan itu sangat benar untuk kita terima maka kita hendaklah sabar dan taat sebaliknya jika keputusan itu bersesuaian dengan kita maka hendaklah taat dan sabar.

Sebarang perkara yang berlaku selepas mesyuarat adalah ditakdirkan didalam Qada dan Qadar Allah Subhanahu wataala, maka janganlah kita mengungkit atau memberi sebarang komen terhadap perkara tersebut.

Friday, January 29, 2010

MPP : Bersuaralah Bersama Kami!

 
Biodata
Nama : Muhammad Nur'azmi Bin Mohd Hisam
Jawatan : NYDP3 MPPUSM Sesi 2010/2011 & Pengerusi MPPUSMKK
Kos : Perubatan Tahun 2
Email : azmihisam@gmail.com/yahoo.com
Google Talk : azmihisam
No Telefon : 013-4295425

Pengalaman
Pengarah Pameran Kesihatan Konvokesyen USM Ke-40(CONVEX '40)
Pengarah Majlis Sambutan Aidilfitri Nurani
Exco Protokol MPI '12
Exco Protokol Forum Bicara Hati
Exco Protokol Majlis Makan Malam MPI '11
Exco Kerohanian MPDN Sesi 2009/2010
Pengarah Majlis Sambutan Aidilfitri Pelajar Tahun Satu Sesi 2008/2009
Pengarah Majlis Makan Malam Pameran Kesihatan Konvokesyen USM Ke-38(CONVEX '38)
Junior Hicom Pameran Kesihatan Konvokesyen USM Ke-38(CONVEX '38)
Setiausaha Program Hedonisme & Satu Konsep Kecemerlangan
Pembantu Exco Kerohanian PSP Sesi 2009/2010
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar KMK Sesi 2007/2008

Harapan
Kepimpinan bukan sesuatu yang perlu terus ditukar ganti, tetapi dibuat penerusan dan sebaiknya diolah demi meraikan sebuah perubahan. Sekalung tahniah buat generasi MPP sesi 2009/2010 dan kini tibalah giliran kami untuk menerajui pimpinan pelajar Kampus Kesihatan USMKK. Hasrat dan cita-cita kami hanya tercapai apabila kalian bangkit bersama-sama kami. Generasi demi generasi berlalu namun biarlah moto ini kekal bersama kita : Bersuaralah Bersama Kami!



Wednesday, January 27, 2010

Sekitar Pilihanraya Kampus

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wrt wbt


Peranan dan tanggungjawab untuk pemimpin dan orang yang dipimpin, telah Allah sebutkan dalam al-Quran,surah al-Nisa’ ayat 58 dan 59.Kata Allah:


“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat(58). Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu(59).”

Menurut Yusuf al-Qardhawi,ayat pertama (ayat ke 58) itu ditujukan kepada para pemerintah, agar sentiasa amanah dan menetapkan hukum Allah secara adil. Menyia-nyiakan amanah yang diberi oleh rakyat dan tidak bersikap adil merupakan satu bala dan mendatangkan kemurkaan Allah.Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan imam Bukhari, baginda Rasulullah saw pernah mengatakan bahawa, “Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kehancurannya.” Setelah mendengar kata-kata ini,ada sahabat yang bertanya, “bagaimana menyia-nyiakannya?”. Kemudian baginda menjawab, “Jika urusan diserahkan kepada orang yang tidak layak,maka tunggulah saat kehancurannya.”


Manakalah ayat yang kedua (ayat ke 59) ditujukan khas kepada rakyat yang mukmin,b ahawa mereka harus taat kepada “Ulil Amri” (para pemerintah).Namun begitu,ketaatan itu mempunyai syarat dan kondisi yang tertentu. Ketaatan terhadap para pemerintah haruslah berlaku apabila para pemerintah itu sendiri taat kepada Allah dan Rasul.

Tiada tempat bagimu

Rakyat seharusnya sedar,bahawa Islam tidak mengiktiraf pemimpin yang tidak komitment terhadap Islam.Pemimpin yang tidak mendahulukan Allah dan Rasul dalam setiap keputusan dan tindakan,haruslah ditolak dan tidak ada kewajiban kepada kita untuk memilihnya sebagai pemimpin. Bagi saya kenyataan al-Imam Yusuf al-Qardhawi dalam hal ini patut ditengahkan dalam artikel kali ini. Al-Imam dengan lantang dan serius mengatakan bahawa :


“HARAM berbaiah kepada pemimpin yang tidak komitmen terhadap Islam. Bai’ah yang membebaskan dari dosa adalah bai’ah kepada pemimpin yang berpegang dengan apa yang diturunkan oleh Allah. Jika tidak ada, maka semua orang muslim berdosa hingga ada penerapan hukum Islam dalam negara.Orang Islam tidak terkecuali dari dosa ini sehinggalah mereka melakukan dua perkara ini:

  1. Mengingkari pemimpin yang tidak berpegang kepada hukum Allah. Pengingkaran ini hanyalah layak dilakukan ketika tidak ada kemampuan lagi untuk menentang.
  2. Usaha secara berterusan membangkitkan kehidupan Islam yang lurus menurut landasan Allah dan Rasul. Usaha ini haruslah dilakukan secara berjamaah kerana orang mukmin dengan seorang mukmin adalah seperti sebuah banggunan yang kukuh. 
Yang pasti orang-orang yang dipilih menjadi pemimpi haruslah,orang yang kuat dan dipercayai, berpengatahuan agama dan sentiasa memikirkan rakyatnya. Seperti mana Abu Bakar as-siddiq berkata, “Andaikata ada tali unta yang hilang dariku,tentu aku akan mendapat hukumannya di dalam kitab Allah.”

Pilihan raya dan hukumnya

Pilihanraya adalah satu proses pemilihan pemimpin, dan menjadi satu kesalahan jika seseorang yang layak dan berkemampuan tidak melaksanakan tanggungjawab untuk pergi mengundi. Menurut al-Imam Yusuf al-Qardhawi, Islam melihat pilihanraya ini adalah satu bentuk penyaksian yang diberikan kepada para pencalon pilihanraya. Maka setiap pengundi haruslah memenuhi syarat-syarat yang harus dimiliki oleh seorang saksi,iaitu adil dan diredhai perilakunya. Al-Imam membawakan firman Allah yang bermaksud:
“Dan saksikanlah dengan dua orang saksi yang adil diantara kalian.” (surah at-talaq :2)


Menurut beliau lagi,pengundi yang memberikan undinya kepada calon yang tidak layak untuk dipilih, bererti dia telah melakukan dosa besar. Kerana perbuatan tersebut sama seperti memberi penyaksian yang palsu.Sesiapa yang mengundi calon berdasarkan hubungan persaudaraan atau berasal dari satu daerah yang sama atau untuk mendapatkan kepentingan peribadi sedangkan mereka tidak layak, bererti mereka telah menyalahi perintah Allah.

“Dan hendaklah kalian tegakkan keadilan itu kerana Allah.”
(Surah at-Talaq :2)


Sehubungan itu,sesiapa yang tidak melaksanakan tanggungjawabnya dalam pilihanraya, sehingga menyebabkan calon yang seharusnya terpilih kalah dan suara majoriti jatuh ketangan calon yang tidak layak, maka dia telah melanggar perintah Allah untuk memberikan kesaksian pada saat dia diperlukan untuk memberikan kesaksiannya.

“Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil.” (al-Baqarah :282)

“Dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Baqarah :283)

Akhir sekali,saya menyeru kepada para pengundi pilihanraya ini,t unaikanlah tanggungjawab anda dan undilah mereka yang layak dan tinggalkanlah calon yang tidak layak. Gunakanlah pemikiran yang waras,j auhilah emosi dan perasaan. Kepada para calon pilihanraya,jauhilah rasuah, jauhilah fitnah dan tuduhan, jauhilah pengunaan kata-kata kesat dalam kempen, laksanakanlah tangungjawab berdasarkan landasan syariatullah dan sunnatullah, pentingkan rakyat dan bukan pentingkan diri sendiri, dan akhir sekali  

MARILAH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB MASING-MASING DALAM PILIHANRAYA INI.

Sunday, January 24, 2010

MPI: Sudah Penat Berpantun, Namun Akan Kuteruskan Selain Darinya..




Assalamualaikum wrt wbt.

Semua urusan ku berkenaan Minggu Penghayatan Islam sudah sampai ke penghujungnya. Janjiku pada diri -aku mahu sangat melihat Minggu Penghayatan Islam kali ini lebih bermakna-. Alhamdulillah hasratku dikabulkan tetapi bukan dengan apa yang aku mahukan, tetapi apa yang aku perlukan. Subhanallah~

Dipertemukan dengan ahli jawatankuasa exco buat kali pertama, aku seakan ghairah dalam mengendalikan mesyuarat. Yang paling ditekankan adalah niat, niat mengapa mahu jadi ahli exco. Itu pertanyaan ku, namun diberi teguran dan peringatan agar sama-sama diri sendiri dan ahli exco yang lain memperbetulkan niat dalam erti kata memperjuangkan Islam. Ya, sedar tak sedar, Minggu Penghayatan Islam menjadi satu medan untuk memurnikan Islam itu sendiri dalam kalangan masyarakat kampus. Aku mohon agar penghayatan itu kekal meskipun program itu berakhir dan hilang dari ingatan. Aku juga memohon ukhuwah yang ada itu kekal. InsyaAllah~

Mana yang terdahulu, mana yang terkemudian?. Persoalan dalam diri seakan bermain xberhenti. Pada sesetengah perkara sahaja aku mengetahui ke'utama'an suatu perkara itu untuk didahulukan. Dari segi protokol, Alhamdulillah segalanya ada penyelesaian, namun dalam perkara agama ini, aku seakan tiada jawapan untuknya. Berazam untuk terus mendalami ilmu agama & mengambil degree syariah di Universiti Madinah selepas ini. Moga dipermudahkan. Amin~

Rasa cinta dan sayangku kepada ilmuan islam dan para pemikir masa kini. Dalam menerima tanggungjawab sebagai Exco Protokol, aku berbangga dapat mendekati para ilmuan ini biarpun tanggungjawab masih belum selesai ketika itu. Suatu hari nanti akan kuperkenalkan para ilmuan yang sama-sama dapat memanfaatkan kita. Dapat berdampingan dengan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Dr Jamnur Azhar, Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman, Dr Danial Zainal Abidin-aku terus dihurung rindu untuk mendalami bidang syariah. Sesungguhnya Allah maha tahu, diletakkan aku dalam bidang perubatan ini mungkin kerana ada sesuatu yang boleh aku lakukan untuk memartabatkan Islam, aku tidak aan berpaling namun akan ku perhebatkan usahaku dalam menuntut ilmu samada ilmu itu sifatnya duniawi atau ukhrawi. Aku tidak akan berpaling. AllahuAkbar!

Jangan berhenti menegur aku sekiranya aku tersalah, jangan lupa memberi nasihat dan peringatan kerana aku bukanlah sesiapa. Dan jangan lupa ajak diriku ini untuk bangkit demi Islam berjemaah kerana aku sering kesepian berseorangan. Sesungguhnya syurga itu hanyalah untuk orang-orang yang hebat, maka aku berazam untuk menjadi diantara yang terhebat. Biiznillah~

Friday, January 15, 2010

Hadits 7: Agama Adalah Nasihat

HADITS KETUJUH

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْم الدَّارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ . قُلْنَا لِمَنْ ؟ قَالَ : لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ .

[رواه البخاري ومسلم]

Dari Abu Ruqoyah Tamim Ad Daari radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Agama adalah nasehat, kami berkata : Kepada siapa ? beliau bersabda : Kepada Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan kepada pemimpan kaum muslimin dan rakyatnya.

(Riwayat Bukhori dan Muslim)

Pelajaran :

1. Agama Islam berdiri tegak diatas upaya saling menasihati, maka harus selalu saling menasihati diantara masing-masing individu muslim.

2. Nasihat wajib dilakukan sesuai kemampuannya.

Media Muslim INFO Project | http://www.mediamuslim.info | Indonesia @ 1428 H / 2007 M

Thursday, January 14, 2010

Logo Quranic Generation




Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah setelah diizinkan Allah swt, nie je yang mampu buatkan..objektif nya bukan pada logo, tapi pada diri-diri insan yang bakal dibentuk..kalau bukan kita yang merupakan tenaga penggerak, insyaAllah junior-junior nanti..biiznillah..

Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (al-anfaal:2)

Pada diri orang yang beriman itu disebutkan ciri-cirinya dalam al-Quran..semoga setapak demi setapak kita membina diri ke arah itu..





Sunday, January 10, 2010

Publication Kerohanian MPDN 3


Saturday, January 2, 2010

Majlis Perasmian MPI '12



Assalamualaikum wbt..alhamdulillah setelah lama xupdate dan agak busy, inilah antara yang termampu..jemput datang ya semua..meriahkan MPI kali ni..

Wednesday, November 25, 2009

Publication Kerohanian MPDN Edisi 2


Tuesday, November 17, 2009

Hadits 6: Dalil Haram dan Halal Telah Jelas

HADITS KEENAM

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى  الشُّبُهَاتِ فَقَدْ اسْتَبْرَأَ لِدِيْنِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعىَ حَوْلَ الْحِمَى يُوْشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيْهِ، أَلاَ وَإِنَّ  لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلاَ وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ   مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ  أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ
[رواه البخاري ومسلم]

Terjemah hadits / ترجمة الحديث  :
Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati “.
(Riwayat Bukhori dan Muslim)

Catatan :
    Hadits ini merupakan salah satu landasan pokok dalam syari’at. Abu Daud berkata : Islam itu berputar dalam empat hadits, kemudian dia menyebutkan hadits ini salah satunya.

Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :
1.     Termasuk sikap wara’ adalah meninggalkan syubhat .
2.     Banyak melakukan syubhat akan menyebabkan seseorang kepada perbuatan haram.
3.     Menjauhkan perbuatan dosa kecil karena hal tersebut dapat menyeret seseorang kepada perbuatan dosa besar.
4.     Memberikan perhatian terhadap masalah hati, karena padanya terdapat kebaikan fizikal.
5.     Baiknya amal perbuatan anggota badan merupakan pertanda baiknya hati.
6.     Pertanda ketakwaan seseorang jika dia meninggalkan perkara-perkara yang diperbolehkan karena khawatir akan terjerumus kepada hal-hal yang diharamkan.
7.     Menutup pintu terhadap peluang-peluang perbuatan haram serta haramnya sarana dan cara ke arah sana.
8.     Hati-hati dalam masalah agama dan kehormatan serta tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang dapat mendatangkan persangkaan buruk.


Related Posts with Thumbnails