About

This is a small world where I put together my ideas into a thought. A thought then written down by the 'sword' of my hands. I'm a believer of God. Hereafter, be my witness, just what have I done, within this blog.

"God, give me the strength to write".

Sunday, February 19, 2012

Lupanya Kamu


Kamu selalu lupa untuk mengucapkan syukur pada Allah apabila bangun daripada tidur. Sedangkan Allah  memberikanmu peluang hidup lagi setelah mematikanmu. Lupanya kamu.

اَلْحَمْدُ لله الَّذِى اَحْيَانَا بَعْدَمَا اَمَاتَنَا وَاِلَيْهِ النُّشُوْرَ
"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan hanya kepadaNya lah tempat kembali"

Kamu selalu lupa untuk memohon pada Allah agar melindungimu daripada gangguan syaitan ketika kamu menggunakan bilik air. Tetapi Allah bermurah hati melindungimu daripadanya. Lupanya kamu.

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوذُبِكَ مِنَ الْخُبْثِ وَالْخَبَائِثِ
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina"

غُفْرَا نَكَ الله الَّذِى اَذْهَبَ عَنّى الأذَى وَعَا فَانِى
"Aku memohon kepada Engkau, yang telah menghilangkan gangguan dariku dan memberikan kesihatan"

Kamu selalu lupa memohon pada Allah sebelum makan, agar diberkati rezeqimu dan mengharapkan rezeqimu halal agar tidak dihumban kamu nanti ke dalam api neraka. Tetapi Allah memberkati rezeqimu, mengenyangkanmu, dan memberikan tenaga kepadamu. Lupanya kamu.

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابً النَّارِ
"Ya Allah, berkatilah rezeqi yang Engkau berikan kepada kami, dan peliharalah kami dari siksa api neraka"

Seringkali juga kamu terlupa mengucapkan syukur kepada Allah selepas makan. Tetapi Allah telah memberikanmu makan dan minum dan menjadikanmu seorang Muslim. Lupanya kamu.

اَلْحَمْدُ لله الَّذِى اَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
"Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan dan minum serta menjadikan kami seorang Muslim"

Kamu selalu lupa untuk bertawakkal kepada Allah setiap kali kamu menjejakkan kaki keluar daripada rumahmu. Tetapi Allah menyelamatkan kamu dari segala perkara yang membahayakan nyawamu di sepanjang pemergianmu. Lupanya kamu.

بِسْمِ الله تَوَكَّلْتُ عَلَى الله ,لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ الا بِالله
"Dengan menyebut nama Allah, aku menyerahkan diriku kepada Allah dan tidak ada daya dan kekuatan selain dengan Allah sahaja"

Kamu selalu lupa untuk memohon kemudahan dan kesejahteraan sewaktu menaiki kenderaanmu. Tetapi Allah menyelamatkan bagi kamu, perjalanan pergi dan pulang kamu. Lupanya kamu.

سُبْحَانَ الَّذِى سَخَرَلَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ وَاَنَّ إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ
"Maha suci Allah yang memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan kami tidak mampu memudahkan kepadaNya, dan kepada Allah kami kembali"

Kamu juga akhirnya lupa untuk menyebut nama Tuhanmu sebelum kamu tidur. Tetapi Allah Maha Pengasih dan Penyayang, Dia menghidupkanmu semula selepas mematikanmu. Lupanya kamu.

بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ اَمُوتُ وَاَحْيَا
"Dengan namaMu Ya Allah yang menghidupkan dan mematikan"

P/s: Buat saya dan kamu yang sentiasa lupa. (^_^)

0 comments:

Post a Comment