About

This is a small world where I put together my ideas into a thought. A thought then written down by the 'sword' of my hands. I'm a believer of God. Hereafter, be my witness, just what have I done, within this blog.

"God, give me the strength to write".

Sunday, February 12, 2012

Cintakan Dunia, Dambakan Akhirat

Pernah atau tidak dalam kehidupan anda, anda berkehendak kepada sesuatu perkara tetapi anda tidak mampu mendapatkannya?.

Pernah atau tidak dalam kehidupan anda, anda menginginkan sesuatu yang terbaik buat diri anda dan apa yang anda ada sekarang tidak memuaskan hati anda?.

Pernah atau tidak, anda merasakan perasaan mencintai perkara-perkara dunia sehingga anda sukar untuk mendambakan perkara-perkara Akhirat?.

Pasti pernah bukan?. Kalau tidak pernah, saya rasa anda malaikat.

Saya beri contoh:

1) Seorang lelaki yang ingin mencari jodoh, kebiasaannya dia akan lihat pada rupa paras perempuan yang yang ingin dikahwininya. Dia juga menginginkan bakal isterinya datang dari keturunan yang baik, daripada keluarga yang kaya-raya dan paling tidak mempunyai Agama. Ada yang letakkan Agama sebagai perkara pertama, ada yang meletakkan Agama antara perkara paling kurang penting dalam kriteria bakal isterinya. Konklusinya, dia mahukan yang terbaik atau 'Perfect' pada isterinya. Sesetengah lelaki, dia dapat apa yang dia mahukan, sesetengah yang lain tidak.

2) Seorang perempuan yang baik, dia dinikahi oleh oleh seorang lelaki yang pada sangkaannya lelaki yang baik. Tetapi selepas pernikahan baru dia menyesal kerana ketika itu suaminya menunjukkan sikapnya yang sebenar. Dimarahi isterinya, dicaci-maki, dipukul sehingga lebam dan berdarah. Apa yang dia mampu buat adalah bersabar. Tak akan mahu bercerai, perempuan ini kalau boleh tidak mahu bergelar janda. Malu dengan masyarakat. Tetapi dalam hati, dia mahu suaminya berubah, dan dia berusaha ke arah itu dalam menasihati suaminya. Konklusinya, dia mahukan suaminya sekarang, menjadi suami yang baik. Situasi ini agak biasa di negara kita, rata-ratanya bercerai selepas si isteri memohon fasakh.

3) Satu pasangan suami isteri ingin memiliki sebuah rumah di Kuala Lumpur. Disebabkan harga rumah yang terlampau mahal, mereka hanya mampu membeli sebuah apartment. Bak kata orang, rumah atas angin, tidak bertanah. Tetapi mereka juga berharap, agar mereka mampu membeli sebuah rumah yang diingini mereka suatu hari nanti. Konklusinya, pasangan suami ini, mahukan sesuatu yang lebih baik berbanding apa yang mereka miliki sekarang ini. Ironinya, mereka mungkin tidak dapat membelinya walaupun mereka mengumpul duit sehingga berusia 60 tahun.

Realiti nampak kejam bukan?. Tetapi itulah dunia, sekejam mana ia, kita tetap cintakan ia bukan. Cara paling mudah untuk mengubati hati ini, adalah dengan kita mengharapkan segala apa yang kita kehendaki di dunia ini digantikan oleh Allah swt di Akhirat.

Kalau nak isteri yang ada Agama, cantik, kaya dan daripada keturunan yang baik, sekiranya tidak dapat di dunia, kita pohon pada Allah supaya kurniakan di Akhirat kelak kita seorang isteri yang kita hajati di dunia.

Kalau seorang perempuan itu tidak memperolehi seorang suami yang baik, pohon pada Allah supaya mengurniakan seorang suami yang baik di Syurga nanti.

Kalau nak rumah besar, tanah berekar-ekar, nak sungai sebelah rumah dan sebagainya, pohon pada Allah supaya gantikan apa yang kita ada di dunia ini dengan apa yang terbaik di Akhirat sana.

Mudah bukan?. Dengan kita tanamkan sikap tidak terlalu berharap pada dunia, kita semakin mendambakan Akhirat. Apa yang kita luahkan pada Allah dalam solat kita, dalam doa kita, walhal dalam hati kita sekalipun Allah dengar. Ini juga strategi untuk mendekatkan kita dengan Allah. Justeru, jangan berkecil hati dengan dunia, kerana kita akan berbahagia dan gembira di Akhirat kelak. Apa yang ada di dunia ini sementara, tetapi apa yang ada di Akhirat itu kekal selamanya.

P/s: Ok, saya juga seperti golongan contoh yang pertama. Moga-moga, Allah berikan saya seorang isteri yang solehah, yang punya Agama. Tolong-tolong doakan ya. Amin~.


0 comments:

Post a Comment