About

This is a small world where I put together my ideas into a thought. A thought then written down by the 'sword' of my hands. I'm a believer of God. Hereafter, be my witness, just what have I done, within this blog.

"God, give me the strength to write".

Wednesday, January 11, 2012

Rechargeable Iman

Iman Itu Rechargeable

Iman itu ibarat air laut bukan?. Ada masa ia surut, ada pula masanya ia pasang tinggi. Ada masa, habis segala amalan kebaikan kita lakukan dan ada masa habis segala kejahatan kita bergelumang di dalamnya. Sunnah Allah, kejadian Alam ini menyerupai karakter Iman kita.

Kata orang, sekali air bah, sekali pantai berubah? Kredit

Mana tidaknya, kehidupan kita sangat bersangkut paut dengan nilaian Iman disisi Allah swt. Andaikan di penghujung amal dan nafas, Iman kita ketika itu terasa tinggi lebih daripada biasa (baca: more than ever), dengan izin Allah, kalimah syahadah itu mudah terlafaz di saat nyawa ditarik keluar daripada badan dunia ini. Syurga itu kompem (baca: confirm!) milik kita beb.

Tetapi sayang bila di hujung nyawa Iman kita ibarat telur di hujung tanduk, lafaz kalimah syahadah penyaksian kita kepada ketuhanan Allah swt yang Maha Satu dan Maha Esa itu belum tentu. Apa mungkin, kita meninggalkan dunia ini untuk dihumban ke dalam neraka Allah swt yang Maha Dahsyat azabnya, selama-lamanya?. Naya kita.

Sebab itu, dalam arena dakwah ini, ikhwah, akhawat akan sentiasa bertanyakan kepada kita, "Bagaimana Iman anta/i hari ini?. Makin naik atau makin turun?. Bertambah gemuk atau kurus?.". Maka ketika itulah kita mencari idea untuk mengelecek lawan di atas padang, moga-moga soalan-soalan bernilai emas dan perak tidak pula ditanya selepas itu.

Persoalan di atas ini, kita jawab dengan hati yang terbuka, kalau rasa Iman kita seperti di tahap bateri telefon model Samsung S2 meraung meminta dicaskan semula, maka kita perlu segera mengecas Iman kita. Bagaimana?. Cari charger, sambungkan pada soket elektrik dan wallaah, siap!. Semudah XYZ bukan?.


Ukuran Syurga & Neraka

Saudara dan saudari yang dirahmati Allah, ukuran syurga dan neraka itu, bukan urusan kita. Kita hamba yang Maha Daif kepada Tuhan Sekalian Alam ini wajib berbaik sangka (baca: Husnudzhon) denganNya. Kerana itu, wujudnya kisah-kisah yang diwariskan Nabi Muhammad saw kepada para sahabat untuk dijadikan pedoman buat kita.

Abu Hurairah ada meriwayatkan satu kisah daripada Baginda Muhammad saw. Pada zaman Bani Israil dahulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap yang berbeza. Lelaki pertama suka berbuat dosa sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali orang yang ahli ibadah ini melihat temannya berbuat dosa, ia menyarankan untuk rakannya berhenti daripada perbuatan dosa.

Suatu kali orang yang ahli ibadah berkata lagi, "berhentilah daripada berbuat dosa." Dia menjawab, :Jangan pedulikan aku, terserah Allah akan menilai perbuatanku. Adakah engkau diutuskan Allah untuk mengawasi apa yang aku lakukan?" Ahli Ibadah itu membalas, "Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni olehNya atau kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah."

Kemudian setelah kedua-dua orang itu mati, Allah swt telah menghakimi kedua-dua mereka di hadapanNya. Allah swt menyoal lelaki ahli ibadah, "Adakah kamu lebih mengetahui daripadaKu? Atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang berada dalam kekuasaanKu?." Kemudian kepada ahli maksiat Allah swt berfirman, "Masuklah kamu ke dalam syurga berkat rahmatKu." Sementara kepada ahli ibadah dikatakan, "Masukkan orang ini ke dalam neraka"

Hadis Sahih riwayat Ahmad, 2/323; Abu Daud, 4901; Ibn Mubarak dalam kitab Al-Zuhd, 314; Ibn Abi Duniya dalam Husnuzh Zhan,45; al-Baghawi dalam Syarah al-Sunnah,14/385.

Hikmah kisah di atas;

1) Sentiasalah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
2) Setiap individu hendaklah berusaha meninggalkan perkara maksiat dan kemungkaran.
3) Jangan berputus asa daripada memohon keampunan Allah yang Maha Penyayang.
4) Jangan sewenang-wenangnya menggunakan nama Allah tanpa ilmu.
5) Allah swt amat mengasihi para hambaNya.
6) Seseorang itu tidak berhak menentukan kedudukan seseorang manusia sama ada masuk syurga atau neraka, kerana hanya Allah swt yang menetapkannya.

Sifat Kita

Sebab itu, isu Iman ini, adalah isu yang kerap kali diulang dan diperingatkan kepada kita sentiasa. Kalau sudah bosan, dengarkan juga, sebab manusia itu Allah swt jadikan sifatnya pelupa.

Sebab itu juga, para pendakwah (baca: dai'e) bukan para penghukum (baca: hakim). Perangai atau perasaan suka menghukum (baca: being judgemental) ini menjadikan kita jauh daripada para mad'u kita, lantas sekaligus mengeluarkan mereka daripada golongan target untuk didekati dan dinasihati.

Kerana manusia selalu merampas Hak Allah yang menetapkan pengakhiran kita sebagai hambaNya di syurga atau neraka, kita menjadi angkuh mengatakan "Alah, nanti mati masuk syurga juga. Tidak kisah lah masuk neraka sekejap pun. Hidup kena enjoy beb!." Golongan ini, kita mohon doa agar hatinya dilembutkan dan terjaga Imannya.

Silap kita menyangka, syurga itu mudah dan murah. Silap, teramat silap. Perlaburan sedemikian rupa mungkin meletakkan kita dalam kalangan mereka yang jatuh bankrup dan terus dihumban para Malaikat ke dalam neraka. Nauzubillah. Perkara ini kita mohon dijauhkan.

Berbalik kepada skrip asal, Iman itu bertambah dan berkurang, applicable untuk kita semua sebab kita bukan para Nabi dan para Malaikat Allah swt. Iman mereka dan Iman kita sangat jauh berbeza. Langit dengan Bumi mungkin bukan metafora yang sesuai, atau mungkin tiada langsung pembanding yang boleh diguna pakai.

Hakikatnya, usaha memperbaiki, menambah baik, menaik taraf Iman itu sangatlah penting. Kalau dahulu bateri Iman itu jenis Panasonic, tukarlah ke jenama Energizer atau Sony. Lebih hebat dan tahan lama. Ini penting, sebab Allah swt tidak memandang perkara lain pada seorang hamba melainkan Iman di dada.


Kalau battery Iman itu jenis Energizer, kena charge lama sikit, baru tahan lama. Kredit

Tepuk Dada, Tanya Iman

Ini ayat terpakai, yang diguna pakai ramai ikhwah, akhawat kita. Kita para dai'e adalah golongan yang terutama yang perlu recharge Iman kita saban hari. Sebab kita golongan yang diperhatikan. Sekali kita jatuh, bingkas bangun, usah biarkan diri semakin jauh tenggelam dalam telaga Kg. Maksiat. Jangan biarkan kita lemas di dalamnya.

Ianya melemaskan, untuk bangun selepas jatuh, dan kerap pula jatuh kembali ke telaga yang sama. Orang kampung pun bosan nak tolong. Tetapi ingat, usaha untuk kembali bertaubat itu Allah swt kira, dan kita bersangka baik dengan Allah swt agar dengan sifat Rahman dan Rahim-Nya, kita dilepaskan ke dalam syurga.

Yang penting, jangan putus asa dalam bertaubat walaupun kita hina dalam telaga Kg. Maksiat..

0 comments:

Post a Comment