About

This is a small world where I put together my ideas into a thought. A thought then written down by the 'sword' of my hands. I'm a believer of God. Hereafter, be my witness, just what have I done, within this blog.

"God, give me the strength to write".

Tuesday, January 10, 2012

Dakwah Kena Jalan Beb, Walaupun Selepas Nikah!

Saya sempat bersama dengan naqib 'bulatan gembira' kami sebentar tadi. Tempatnya biasa-biasa sahaja, di sebuah kedai makan yang beroperasi 24 jam. 'bulatan gembira' kami, di mana-mana pun berjalan dengan jayanya. Yeah!.

Memulakan bicara, beliau terus melontarkan satu soalan cepu emas kepada kami, "Anta dah fikirkan fasal baitul muslim?". Terpegun, lalu memikirkan jawapan untuk mengelakkan konflik yang lebih besar, hehe. Mungkin disebabkan umur kami bakal menjengah 23 tahun pada tahun 2012 ini membuatkan beliau bertanyakan sedemikian rupa.

"Ana honestly belum fikirkan fasal baitul muslim ini sheikh", ringkas, dengan harapan alasan ini diterima pakai. "Ana pun nikah awal juga dulu. Mula-mula ana rancang nak start cari jodoh di umur 25, tapi dah jodoh tu datang awal, nak buat macam mana. Zaujah ana time tu baru tahun 5 jurusan perubatan". Kena balik.

Otak ini ligat mencari jalan keluar, sekurang-kurangnya dapat mengelak daripada 'mengisi' borang baitul muslim, untuk masa terdekat ini. "Anta prepare untuk nikah ini berapa lama sheikh?". Cuba menepis cubaan-cubaan yang mendatang. "Ana tak prepare pun". Selamba. Diri terasa berpeluh walaupun malam ini hujan sebenarnya.

"Ana tak sangka juga dapat jodoh awal. Cerita ana macam ini..". Beliau memulakan cerita, sekurang-kurangnya teknik ini berjaya mengelirukan lawan. Eh, haha. "Ada seorang pak cik ini ikhwah kita, selalu ana jumpa waktu solat di masjid tempat ana tinggal di Johor dulu. Satu hari itu sempat lah berbual dengan dia, habis dia tanya tinggal kat mana, gaji berapa, dah kahwin ke belum dan sebagainya. Pelik juga ana. Haha". Kami ikut tergelak.

" Lepas itu kali kedua jumpa pak cik tu bertanya pasal baitul muslim ini, dah sedia ke belum. Ana dah agak dah, ana cuba juga mengelak topik itu. Ana jawab selamba je yang ana tak terfikir pun pasal nak nikah ini. Lagipun muda lagi dan baru je mula kerja engineer ini". Saya tersenyum kelat, sambil berkata di dalam hati "Sama lah kita bab mengelak-mengelak ini".

Ceritanya bersambung. "Bila ternampak pak cik itu masa solat di masjid, ana cuba mengelak sedaya mungkin, kalau dia solat di saf kanan, ana solat di saf kiri. Kalau dia saf di saf depan, ana di saf belakang. Tapi satu hari selepas waktu solat Jumaat itu ana tak berjaya mengelak. Selesai solat Jumaat je dia tepuk belakang ana dan kami terpaksalah bersua muka. Hehe". Saya tergelak beasr waktu ini, lagi-lagi bila saya membayangkan cerita beliau dengan sedaya upaya dengan kudrat yang ada. Haha.

"Selepas itu pak cik itu ajak ke satu bilik di belakang masjid dan dia tunjukkan mesej yang diterima daripada anak perempuannya yang meminta pak cik tersebut untuk mencarikan jodoh untuknya. Ana mampu telan air liur sahaja". Pak cik itu berkata, "Jemputlah ke rumah, kita bertaaruf dulu. Kalau setuju kita proceed, kalau tak setuju bukan jodoh lah tu". Ringkas, tapi padat. Kalau saya kena macam ini, gugur jantung. Bakal bapa mertua sendiri datang jumpa tu. Malu, segan, rasa tak layak semua ada.

"Ana pun ambil masa dahulu dan kami bertukar nombor telefon masing-masing. Aiseh, memang tak dapat lari lah. Lepas itu pak cik itu pun contact suruh datang ke rumah satu hari ini. Memang segan lah tapi ana redah sahaja. Masa itu, ana, bakal zaujah dan bakal mertua duduk semeja untuk makan malam. Banyak juga soalan yang diajukan tapi ana jawab dengan steady je. Masa itu ana tak tengok pun bakal zaujah ana. Bakal mak mertua ana suruh kami teruskan taaruf dengan email". Kami kusyuk memberikan perhatian, bukan senang nak dapat ilmu di luar bidang perubatan menarik macam ini. Padahal menimba ilmu macam mana nak dapatkan anak orang jadi zaujah kita. Fuh.

"Ana pun dapatkan nombor telefon dan hanya contact si dia sekali sahaja untuk dapatkan email. Tapi ana tak email apa-apa pun. Hehe. Sampai lah bakal zaujah ana ini cuti selepas tahun 4 perubatan dan bakal mertua ana tanya dia ada tak ana teruskan taaruf tu. Disebabkan tiada sebarang perkembangan, bakal mertua ana contact suruh taaruf dan bagi keputusan dalam masa sebulan. Selepas sebulan, bakal zaujah ana dah bagi keputusan setuju tapi ana masih dalam pertimbangan ya atau tidak. Solat istikharah semua dah buat tapi tiada kata putus lagi. Jadi akhirnya ana katakan setuju juga".

Senang juga sebenarnya naqib saya ini dapat zaujah, dalam taaruf pun mereka bincangkan hala tuju hidup masing-masing dan seberapa perkara berkenaan dengan dakwah. Yang penting, pernikahan atau perkahwinan tidak menjadi penghalang kepada proses dakwah dan tarbiah untuk terus berjalan.

Ia bahkan memberi kekuatan kepada masyarakat muslim dengan terdirinya sebuah lagi keluarga muslim yang mengamalkan Islam dengan sempurna. Satu step besar dalam Maratibul 'Amal selepas berjaya mendidik diri menjadi seorang individu Muslim yang benar-benar mengamalkan Islam.

Ok, sambung lagi. "Ana pun diminta untuk mempertemukan kedua keluarga kami. Tempatnya?. Di sebuah kedai kopi. Masa itu jugalah mereka berbincang dan bersetuju untuk pernikahan kami. On the spot juga kami bertunang. Kenapa?. Sebab bertunang itu kan perjanjian antara dua keluarga, bila dah dua keluarga dah bersetuju, bertunang lah kami. Tak sempat-sempat ana nak prepare cincin. Hehe. Jadi selepas itu ana pun mula contact bakal zaujah ana untuk urusan pernikahan dan kami bernikah juga akhirnya." Wow.

Ringkas, padat dan hebat. Bila dua-dua keluarga faham Islam, pertunangan tidak menjadi bebanan. Ringkas dan mudah sahaja. Tidak perlu hantaran dan sebagainya. Lagipun, ikatan pertunangan ini ringkasnya bermakna persetujuan lelaki dan perempuan untuk bernikah pada suatu masa yang ditetapkan. Cuma bila dah bersetuju, cepat-cepatkan lah pernikahan.

Individu Muslim dahulu sebelum Baitul Muslim.

Cerita naqib saya ini sangat menarik, sehinggakan saya sendiri memasang impian untuk 'menerima' jodoh sedemikian rupa. Cinta ini boleh dipupuk, sebab itu saya tidak kisah dengan siapa saya bakal berkahwin. Buat masa ini, persiapan diri untuk menjadi Muslim kamil itu penting, sebab tanpa ilmu kita jahil dan tanpa amal, manifestasi ibadah (dan dakwah) kepada Tuhan Sekalian Alam itu tiada, maka jangan berani mengaku hamba.

Dakwah kena jalan beb, walaupun selepas nikah. Peace!.

1 comment:

  1. "Ringkas, padat dan hebat. Bila dua-dua keluarga faham Islam, pertunangan tidak menjadi bebanan."

    Semoga Allah kurniakan kita semua fahaman agama yang sebenar-benarnya. Amin.

    Thinking of my own Baitul Muslim...

    ReplyDelete