About

This is a small world where I put together my ideas into a thought. A thought then written down by the 'sword' of my hands. I'm a believer of God. Hereafter, be my witness, just what have I done, within this blog.

"God, give me the strength to write".

Friday, January 13, 2012

Hidup Sesudah Mati

Tiada tempat tinggal bagi seseorang yang akan dihuni setelah kematiannya,
Kecuali tempat tinggal yang telah ia bangunkan sebelum kematiannya.

Jika ia membangunkannya dengan kebaikan, maka indahlah (tempat tinggal itu),
Namun jika ia bangun dengan keburukan dosa-dosa,
Nescaya rugilah pemiliknya.

Jiwa (seseorang) itu selalu mencintai dunia, padahal ia tahu,
Bahawa zuhud dunia adalah dengan meninggalkannya,
Maka tanamlah pokok ketaqwaan itu selama kamu mampu,
Ketahuilah bahawa kamu akan menjumpainya setelah kematianmu.

Abu Fatiah Al-Adnani

Ironi, hidup selepas mati itu mumia. Itu pun hidup dalam bentuk mayat yang berbungkus-bungkus. Ini bagi sesiapa yang menonton cerita seperti The Mummy Return tentu terbayang sedemikian. Mumia mesti ada di padang pasir, berkaitan dengan piramid dan firaun. Paling kurang mesti ada emas tersimpan sama di dalam piramid itu. Itu karakteristik seorang mumia. Anda percaya atau tidak, terpulang.

Sudah mengarut.
Ada seseorang datang kepada Sufyan Ats Tasuri rhm. lalu berkata; "Berilah aku nasihat", kemudian Sufyan berkata; "Beramallah kamu untuk dunia sesuai dengan lamanya kamu tinggal di situ, dan beramallah kamu untuk akhiratmu berdasarkan kekalnya kamu dan keselamatanmu di akhirat." (Wafayatul a'yan li Ibni Khalikan Juz 2/287)
Dunia Medan Ujian

Ujian di dunia ini untuk menentukan siapa yang taat kepada Allah swt dan siapa yang durhaka kepadaNya. Ujian di dunia ini untuk menentukan siapa yang bersyukur kepada Allah swt dan siapa yang kufur dengan nikmatNya. Ujian di dunia ini untuk mengukur siapa yang lebih baik amal dan takwanya.

"Allah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kalian, siapakah di antara kalian yang paling baik amal perbuatannya" (QS Al-Mulk:2)

"Sesungguhnya Kami menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk menguji mereka, siapakah di antara mereka yang paling baik amal perbuatannya." (QS Al-Kahfi:7)

"Dan Kami menguji mereka dengan nikmat-nikmat yang baik dan bencana-bencana yang buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran." (Qs Al-A'Raf:168)

"Dan Kami menguji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai fitnah (cobaan sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kalian akan dikembalikan." (QS Al-Anbiya':35)
Menafsirkan ayat di atas, imam Ibnu Katsir berkata : "Maksudnya adalah kami menguji kalian, terkadang dengan pelbagai musibah, terkadang dengan berbagai kenikmatan. Kami akan melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur; siapa yang bersabar dan siapa yang putus asa."

Ibnu Abbas berkata: "Kami akan menguji kalian dengan kesusahan dan kelapangan, kesihatan dan penyakit, kekayaan dan kemiskinan, halal dan haram, ketaatan dan maksiat, petunjuk dan kesesatan."
(Ibnu Katsir Ad-Dimasyqi, Tafsir Al-Qur'anil 'Azhim, 5/342)

Sebagaimana seorang mumia punya karakteristik, begitu juga seorang hamba Allah swt. Karakteristik sebagai hamba adalah taat dan patuh pada perintah Allah swt, menjauhi laranganNya, dan etcetera. Dunia yang sementara ini juga punya karakter.

Karakter Seorang Dunia

Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi saw menggambarkan dunia sebagai wanita tua yang bongkok. Tetapi bukan itu yang saya mahu fokuskan. Yang mahu ditekankan adalah sifat-sifatnya. Sudah tua pun kita tidak boleh pandang rendah. Mungkin disebabkan pengalamannya yang banyak, dunia mampu menipu kita.

Acah sahaja.

"Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (QS Ali Imran:185)

"Dan kehidupan di dunia itu tidak lain hanyalah mainan dan gurau senda belaka. Dan sungguh, akhirat itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa, maka tidakkah kalian memahaminya." (Qs Al-An'am:32)

"Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah senda gurau dan main-main belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, kalau mereka mengetahui." (QS Al-Ankabut:64)

"Wahai kaumku, sesungguhnya kehidupan akhirat ini hanyalah kesenangan sementara, dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal." (QS Al-Ghaafir:39)

"Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda-kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga)." (QS Ali Imran:14)

See?. Dunia ini banyak trick. Pandai-pandailah kita nak atasinya macamana. Kita ambil analogi di bawah.

Ibarat seorang pemain bola, anggap sahaja dunia ini sebagai bola. Biar dunia di kaki, bukan dihati. Dah dapat kita tendang balik, bila perlu, kita kejar. Yang penting, tendang bola biar masuk ke dalam goal. Biar goal itu jadi tujuan sebenar kita (syurga). Gunakan bola (dunia) sehabis baik. Yang penting, main biar fair and clean (pahala), jangan dapat kad kuning (dosa kecil) atau kad merah (dosa besar) di tengah permainan. Sebab pengadil (Malaikat) awasi kita. Bila permainan tamat (kematian tiba), kita nak hasil yang baik, iaitu kemenangan berdasarkan goal. Kalau goal kita banyak, bermakna kita gunakan bola (dunia) sehabis baik.
Orang yang sayang dunia, dia tidak akan sepak bola. 
 Kontroversi betul statement (baca: kenyataan) ini. Yang di atas hanya analogi. Sebab saya main bola, dan itu analogi yang baik untuk saya kekal ingat hidup ini tidak lama. Kita akan bangkit semula untuk menghadap Allah swt. Di waktu itu, saya hanya ingin persembahkan kepada Allah hasil daripada dunia saya, iaitu usaha saya untuk menggapai syurga di akhirat. Hakikatnya, samada saya masuk syurga atau tidak, itu semua urusan Allah swt. Sebagai manusia yang merupakan hambaNya, saya wajib berusaha.

Dunia ini bukan angan-angan kosong. Bahkan kita tidak boleh berangan-angan pun. Segalanya perlu dibuktikan. Semua orang Islam percaya akan adanya hari Kiamat kemudian disusuli Hari Kebangkitan di Padang Mahsyar. Seterusnya kita akan diadili dengan seadil-adil timbangan oleh Allah Yang Maha Adil. Hanya ada dua pilihan, ke neraka atau ke syurga. Hendak ke neraka, kompem (baca:confirm) tidak mahu, hendak ke syurga pula rasa amat-amat tidak layak.

Hidup sesudah mati ini tak akan berkesudahan ceritanya. Yang saya sampaikan cuma secebis daripadanya. Buat masa ini, ambil pengajaran dan sampaikan pada yang lain. Semoga bermanfaat!.

Inche Espada

0 comments:

Post a Comment