About

This is a small world where I put together my ideas into a thought. A thought then written down by the 'sword' of my hands. I'm a believer of God. Hereafter, be my witness, just what have I done, within this blog.

"God, give me the strength to write".

Saturday, February 4, 2012

Hari Lahir Kekasih Hati Saya

Abdullah bin Mas'ud r.a. meriwayatkan,
"Rasulullah saw bersabda kepadaku, 'Bacakan suatu ayat kepadaku' Saya bertanya 'Wahai Rasullullah saw, bagaimana mungkin saya membacakan ayat untuk engkau, sedangkan ayat itu diturunkan kepada engkau?' Beliau bersabda, 'Aku suka mendengarkannya dari orang lain.' Maka saya membaca surah an-Nisa' hingga ke ayat '..dan Kami mendatangkan engkau (Muhammad) sebagai saksi atas mereka. (an-Nisa':41)' saya melihat kedua airmata Nabi saw berlinang air mata."
HR Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad

Hadis ini, menyaksikan bahawa Baginda Muhammad saw menangis tatkala dibacakan ayat yang merupakan peringatan kepadanya. Lembutnya hati Rasulullah saw, hebatnya peringatan daripada al-Quran. Rasul saya ini, cinta saya yang kedua selepas Allah saw.

Hari ini, hari mulia kelahiran kekasih hati saya. Beliau sudah lama meninggalkan saya, hampir 1400 tahun yang lepas. Sabdanya, "Engkau bersama siapa yang engkau cintai", maka ketahuilah bahawasanya saya ini mencintaimu wahai Rasulullah. Saya melalu mengimpikan untuk bertemu dan bersama dengan kekasih ulung ini. Moga-moga, saya juga menjejakkan kaki ke Syurga bersamanya.

Kekasih saya ini, cintanya kepada Allah swt tidak terbatas. Namun saya juga mengharapkan secebis cinta daripadanya. Baginda tidak pernah saya lihat, dan tidak hidup sezaman dengan saya. Justeru, saya hanya mengenali Baginda melalui hadis-hadisnya. Semakin saya mengenali Rasulullah saw, semakin cinta saya padanya.

Saya akan mengalirkan airmata jika terfikirkan Baginda. Terlalu banyak persoalan di benak minda ini. "Wahai Rasullullah saw, adakah dikau rindu kepada empunya diri ini?", "Wahai Rasullullah saw, bagaimana dikau tegar dalam berdakwah sedangkan ianya terasa amat berat bagiku?", "Wahai Rasullah saw, bagaimana dalam keadaan ini aku tertawa, sedangkan engkau mungkin menangis?" dan banyak lagi.

Soalan-soalan yang sarat di fikiran menyebabkan saya membayangkan saya hidup di sisi kekasih agung ini. Saya juga kerap menangis tatkala memandangkan soalan-soalan ini dibiarkan tidak terjawab.

Saya sangat-sangat malu terhadap Baginda saw, andaikata beliau benar-benar bersama saya ketika ini. Saya tidak ingin Rasulullah saw melihat hakikat umat Islam pada ketika ini. Umat Islam hari ini kian parah dan tenggelam dalam perkara duniawi. Perkara ini, saya berhasrat untuk mengubahnya, dan saya tidak berseorangan dalam menjejaki tinggalan-tinggalan Baginda saw di jalan dakwah ini.

Sampai di sini dulu, saya mahu melelapkan mata dengan saki baki linangan air mata ini. "Wahai Rasulullah saw, ketahuilah, aku sangat merinduimu, sangat mencintaimu. Aku memohon syafaat daripadamu di Akhirat kelak dan aku berdoa supaya diriku berada di kalangan mereka yang berada disisimu di Syurga nanti."

1 comment:

  1. Ya Allah , perkenanla doa hambamu ini..ak juga sgt menginginkan seperti yang di doanya...Allahuakbar

    ReplyDelete