Kadang-kadang kita rasa susah sangat nak menangisi kelemahan diri dan dosa yang dilakukan saban hari. Kadang-kadang sehingga kita bersangka itu kerana kerasnya hati kita.
Psikologinya, musik membantu manusia menghayati sesuatu dengan lebih baik. Justeru saya cadangkan anda pasangkan lagu-lagu belakang (baca : background music) yang mana dapat membantu anda menghayati apa yang dilalui anda hari ini sekaligus memohon ampun pada Allah akan kesalahan tersebut.
Ini senarai lagu saya, yang saya gunakan untuk membantu saya bermuhasabah diri.
P/s : Saya bukan orang yang boleh duduk bertapa dalam gua hendak bermuhasabah diri dan berkhulwah dengan Allah ini. Silap hari bulan, tersesat pun boleh. Jadi ini cara saya dalam bermuhasabah. Cubalah, anda pasti sukakannya. Dunia hari ini makin moden, guna dan salurkan ia kearah kebaikan, moga Allah kira sebagai amal ibadah kita InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment