About
This is a small world where I put together my ideas into a thought. A thought then written down by the 'sword' of my hands. I'm a believer of God. Hereafter, be my witness, just what have I done, within this blog.
"God, give me the strength to write".
"God, give me the strength to write".
Monday, January 30, 2012
Thanks Allah & Be Patient
I was in a bad condition today, i mean in term of my health. I believed, this is a way a Muslim tested by Allah swt. He did watched over us, are we gonna be nearer to Him or farther apart in this condition. Thus, I have to say 'Thanks oh Allah, for always watching over me and I'll always be patient of what had happen to me".
When I did strayed a bit, He keeps giving me such condition to keep me nearer to Him. This is love story between Us. Yeah, it is.
Being a Muslim is cool you know. In a hadith, our Prophet Muhammad saw did mentioned that, a Muslim is weird. Why?. When he is in a good condition, he thanks Allah and it is good for him, when he is in bad condition, all he does is being patient, and it is good for him. This hadith narrated by Imam Muslim.
So, keep thanking Allah in everything good that happen to us and be patient if there is something bad occurred. That way, a Muslim will be positive and even productive in their daily life. Doesn't sounds bad huh?. Let us practice then!.
Mr. Espada.
Labels:
Diary,
Sharing Is Caring
Sunday, January 15, 2012
Hujan Itu
Hujan itu,
Membuka mataku,
Agar melihat ke satu sudut berbeza,
Dimana,
Rata-rata manusia mengeluh,
Kehidupan mereka berubah,
Disebabkan hujan.
Hujan itu,
Memberi sinar baru,
Kepada penduduk lain bumi,,
Mana kita kisah,
Tentang pohon-pohon hutan,
Mana kita kisah,
Tentang ikan di lautan,
Bagi mereka,
Hujan membuka pintu rezeqi dan perlindungan.
Hujan itu,
Menitiskan rahmat,
Ke setiap inci tanah,
Agar ia basah,
Memberi petunjuk,
Nikmat itu,
Sebenarnya sampai kepada setiap ciptaan,
Membasahi bumi Tuhan,
Untuk terus diberi sinar yang mencambah kehidupan.
Hujan itu,
Di zaman para nabi,
Terkadang bererti rezeqi,
Terkadang bala dari Tuhan itu terbukti,
Sebab itu,
Pesan Baginda yang dikasihi,
Pohonlah agar hujan itu menjadi rahmat,
Bukan menjadi laknat,
Yang turun tidak mengenal umat.
Hujan itu,
Memberi erti,
Kepada diri yang mudah alpa ini,
Kerana,
Setiap kali daku kebasahan dalam hujan,
Daku sebenarnya diliputi nikmat Tuhan,
Setiap kali titisan hujan mulai mewarnai bumi,
Daku memandang ke langit nan tinggi,
Mengingati akan adanya Tuhan yang memerhati,
Tuhan Pemberi Rezeqi.
Duhai Tuhan,
Semoga dengan turunnya hujan,
Turun jua redhaMu dalam setiap titisan.
~Inche Espada~
0052
15012012
Dalam bilik, K. Kerian, Kelantan.
Mulai berpuisi,
Mendendang rasa di hati.
Oh yeah!
Labels:
Puisi
Friday, January 13, 2012
Hidup Sesudah Mati
Tiada tempat tinggal bagi seseorang yang akan dihuni setelah kematiannya,
Kecuali tempat tinggal yang telah ia bangunkan sebelum kematiannya.
Jika ia membangunkannya dengan kebaikan, maka indahlah (tempat tinggal itu),
Namun jika ia bangun dengan keburukan dosa-dosa,
Nescaya rugilah pemiliknya.
Jiwa (seseorang) itu selalu mencintai dunia, padahal ia tahu,
Bahawa zuhud dunia adalah dengan meninggalkannya,
Maka tanamlah pokok ketaqwaan itu selama kamu mampu,
Ketahuilah bahawa kamu akan menjumpainya setelah kematianmu.
Abu Fatiah Al-Adnani
Ironi, hidup selepas mati itu mumia. Itu pun hidup dalam bentuk mayat yang berbungkus-bungkus. Ini bagi sesiapa yang menonton cerita seperti The Mummy Return tentu terbayang sedemikian. Mumia mesti ada di padang pasir, berkaitan dengan piramid dan firaun. Paling kurang mesti ada emas tersimpan sama di dalam piramid itu. Itu karakteristik seorang mumia. Anda percaya atau tidak, terpulang.
Sudah mengarut.
Ada seseorang datang kepada Sufyan Ats Tasuri rhm. lalu berkata; "Berilah aku nasihat", kemudian Sufyan berkata; "Beramallah kamu untuk dunia sesuai dengan lamanya kamu tinggal di situ, dan beramallah kamu untuk akhiratmu berdasarkan kekalnya kamu dan keselamatanmu di akhirat." (Wafayatul a'yan li Ibni Khalikan Juz 2/287)Dunia Medan Ujian
Ujian di dunia ini untuk menentukan siapa yang taat kepada Allah swt dan siapa yang durhaka kepadaNya. Ujian di dunia ini untuk menentukan siapa yang bersyukur kepada Allah swt dan siapa yang kufur dengan nikmatNya. Ujian di dunia ini untuk mengukur siapa yang lebih baik amal dan takwanya.
"Allah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kalian, siapakah di antara kalian yang paling baik amal perbuatannya" (QS Al-Mulk:2)Menafsirkan ayat di atas, imam Ibnu Katsir berkata : "Maksudnya adalah kami menguji kalian, terkadang dengan pelbagai musibah, terkadang dengan berbagai kenikmatan. Kami akan melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur; siapa yang bersabar dan siapa yang putus asa."
"Sesungguhnya Kami menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk menguji mereka, siapakah di antara mereka yang paling baik amal perbuatannya." (QS Al-Kahfi:7)
"Dan Kami menguji mereka dengan nikmat-nikmat yang baik dan bencana-bencana yang buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran." (Qs Al-A'Raf:168)
"Dan Kami menguji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai fitnah (cobaan sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kalian akan dikembalikan." (QS Al-Anbiya':35)
Ibnu Abbas berkata: "Kami akan menguji kalian dengan kesusahan dan kelapangan, kesihatan dan penyakit, kekayaan dan kemiskinan, halal dan haram, ketaatan dan maksiat, petunjuk dan kesesatan."
(Ibnu Katsir Ad-Dimasyqi, Tafsir Al-Qur'anil 'Azhim, 5/342)
Sebagaimana seorang mumia punya karakteristik, begitu juga seorang hamba Allah swt. Karakteristik sebagai hamba adalah taat dan patuh pada perintah Allah swt, menjauhi laranganNya, dan etcetera. Dunia yang sementara ini juga punya karakter.
Karakter Seorang Dunia
Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi saw menggambarkan dunia sebagai wanita tua yang bongkok. Tetapi bukan itu yang saya mahu fokuskan. Yang mahu ditekankan adalah sifat-sifatnya. Sudah tua pun kita tidak boleh pandang rendah. Mungkin disebabkan pengalamannya yang banyak, dunia mampu menipu kita.
Acah sahaja.
"Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (QS Ali Imran:185)
"Dan kehidupan di dunia itu tidak lain hanyalah mainan dan gurau senda belaka. Dan sungguh, akhirat itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa, maka tidakkah kalian memahaminya." (Qs Al-An'am:32)
"Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah senda gurau dan main-main belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, kalau mereka mengetahui." (QS Al-Ankabut:64)
"Wahai kaumku, sesungguhnya kehidupan akhirat ini hanyalah kesenangan sementara, dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal." (QS Al-Ghaafir:39)
"Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda-kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga)." (QS Ali Imran:14)
See?. Dunia ini banyak trick. Pandai-pandailah kita nak atasinya macamana. Kita ambil analogi di bawah.
Ibarat seorang pemain bola, anggap sahaja dunia ini sebagai bola. Biar dunia di kaki, bukan dihati. Dah dapat kita tendang balik, bila perlu, kita kejar. Yang penting, tendang bola biar masuk ke dalam goal. Biar goal itu jadi tujuan sebenar kita (syurga). Gunakan bola (dunia) sehabis baik. Yang penting, main biar fair and clean (pahala), jangan dapat kad kuning (dosa kecil) atau kad merah (dosa besar) di tengah permainan. Sebab pengadil (Malaikat) awasi kita. Bila permainan tamat (kematian tiba), kita nak hasil yang baik, iaitu kemenangan berdasarkan goal. Kalau goal kita banyak, bermakna kita gunakan bola (dunia) sehabis baik.
Orang yang sayang dunia, dia tidak akan sepak bola.Kontroversi betul statement (baca: kenyataan) ini. Yang di atas hanya analogi. Sebab saya main bola, dan itu analogi yang baik untuk saya kekal ingat hidup ini tidak lama. Kita akan bangkit semula untuk menghadap Allah swt. Di waktu itu, saya hanya ingin persembahkan kepada Allah hasil daripada dunia saya, iaitu usaha saya untuk menggapai syurga di akhirat. Hakikatnya, samada saya masuk syurga atau tidak, itu semua urusan Allah swt. Sebagai manusia yang merupakan hambaNya, saya wajib berusaha.
Dunia ini bukan angan-angan kosong. Bahkan kita tidak boleh berangan-angan pun. Segalanya perlu dibuktikan. Semua orang Islam percaya akan adanya hari Kiamat kemudian disusuli Hari Kebangkitan di Padang Mahsyar. Seterusnya kita akan diadili dengan seadil-adil timbangan oleh Allah Yang Maha Adil. Hanya ada dua pilihan, ke neraka atau ke syurga. Hendak ke neraka, kompem (baca:confirm) tidak mahu, hendak ke syurga pula rasa amat-amat tidak layak.
Hidup sesudah mati ini tak akan berkesudahan ceritanya. Yang saya sampaikan cuma secebis daripadanya. Buat masa ini, ambil pengajaran dan sampaikan pada yang lain. Semoga bermanfaat!.
Inche Espada
Labels:
Sharing Is Caring
Thursday, January 12, 2012
Hierarki Cinta Dan Cita-Cita
Bercinta itu tidak salah, yang menjadi kesalahan adalah apabila kita salah meletakkan keutamaan dalam bercinta. Bercita-cita itu tidak salah, yang menjadi kesalahan itu apabila kita mengenepikan cita-cita yang terutama dan terlalu mengejar cita-cita selainnya.
Siapa yang kamu cinta?
Kalau saya lontarkan soalan di atas pada kamu semua, mungkin ramai yang hilang arah jawapannya. Mungkin zaman dahulu kala, jawapan anda sewaktu kanak-kanak adalah jawapan tipikal seperti di atas. Namun sekarang, mungkin hierarki cinta anda sudah berubah. Boleh jadi, 'pakwe', 'makwe' juga ada dalam list tersebut. Boleh jadi juga anda tersilap meletakkan cinta kepada 'pakwe', 'makwe' anda melebihi cinta kepada Ibu bapa.
Saudara-saudari sekalian, saya mahu sebutkan, perkara di atas adalah kenyataan dunia hari ini. Pendidikan hari ini tidak membina kepada jiwa-jiwa yang memikirkan perkara ukhrawi (baca: perkara keakhiratan). Pendidikan hari ini membina manusia yang melihat dunia ini lebih daripada segala-galanya.
Syurga itu bukan lagi cita-cita terutama kita. Yang diterjemahkan menjadi cita-cita sebaik melangkah ke alam persekolahan darjah satu adalah pekerjaan di masa hadapan. Ini perkara yang baik untuk membina minda kanak-kanak melihat 20 tahun ke hadapan. Tetapi kenapa limitasinya kepada 20 tahun ke hadapan sahaja?. Menurut Ibnu Qayyim, bau aroma syurga itu boleh dicium dengan jarak 100 tahun. Justeru, syurga itu lebih jauh lagi ke hadapan!.
Kekal Selamanya
Bagi orang kafir, mereka meminta-minta kepada Allah, agar dikembalikan mereka ke dunia (dihidupkan semula) untuk berbuat kebaikan.
Waktu itu kita sedar, permohonan seperti itu tidak akan Allah tunaikan. Bagi setiap individu Muslim, kita diberi masa sesuai dengan setiap individu tersebut untuk melakukan amal soleh kepada Allah swt.
Dai's Cilik Kredit
Siapa yang kamu cinta?
"Allah, rasul, ibu bapa, suami/isteri, anak-anak, saudara-mara..."Apa cita-cita kamu?
"Hendak menjejakkan kaki ke dalam syurga.."Soalan di atas, budak tadika pun boleh jawab. Kalau saya cikgu tadika, saya boleh bagi 5 bintang lagi pada budak-budak tersebut. Hati kanak-kanak ini bersih dan suci, jawapan yang mereka berikan juga jawapan yang ikhlas. Sebab itu orang dewasa sukakan budak-budak. Kalau tidak suka, mohon maaf la, hati anda mungkin tidak suka pada perkara yang suci.
Kalau saya lontarkan soalan di atas pada kamu semua, mungkin ramai yang hilang arah jawapannya. Mungkin zaman dahulu kala, jawapan anda sewaktu kanak-kanak adalah jawapan tipikal seperti di atas. Namun sekarang, mungkin hierarki cinta anda sudah berubah. Boleh jadi, 'pakwe', 'makwe' juga ada dalam list tersebut. Boleh jadi juga anda tersilap meletakkan cinta kepada 'pakwe', 'makwe' anda melebihi cinta kepada Ibu bapa.
Saudara-saudari sekalian, saya mahu sebutkan, perkara di atas adalah kenyataan dunia hari ini. Pendidikan hari ini tidak membina kepada jiwa-jiwa yang memikirkan perkara ukhrawi (baca: perkara keakhiratan). Pendidikan hari ini membina manusia yang melihat dunia ini lebih daripada segala-galanya.
Syurga itu bukan lagi cita-cita terutama kita. Yang diterjemahkan menjadi cita-cita sebaik melangkah ke alam persekolahan darjah satu adalah pekerjaan di masa hadapan. Ini perkara yang baik untuk membina minda kanak-kanak melihat 20 tahun ke hadapan. Tetapi kenapa limitasinya kepada 20 tahun ke hadapan sahaja?. Menurut Ibnu Qayyim, bau aroma syurga itu boleh dicium dengan jarak 100 tahun. Justeru, syurga itu lebih jauh lagi ke hadapan!.
Kekal Selamanya
Nabi saw bersabda; "Penghuni syurga akan memasuki syurga dan penghuni neraka akan memasuki neraka, kemudian penyeru berdiri di antara mereka dan berkata, Wahai penghuni syurga, sekarang tidak ada lagi kematian. Wahai penghuni neraka, sekarang tidak ada lagi kematian. Semuanya kekal abadi di tempat masing-masing." (HR Bukhari & Muslim)Nah, kalau di humban kita ke dalam neraka, dan jika selama-lamanya kita di dalamnya menurut perhitungan Allah swt, akan menyesal kita tidak berkesudahan. Sebab kita bercita-cita hanya untuk menjadi doktor, engineer, guru, polis, bomba dan sebagainya. Mana ada kita impikan untuk menggapai syurga. Kita usahakan dunia, sampai kita lupa usaha untuk menggapai syurga.
Bagi orang kafir, mereka meminta-minta kepada Allah, agar dikembalikan mereka ke dunia (dihidupkan semula) untuk berbuat kebaikan.
(Demikianlah keadaan orang kafir itu), hingga apabila kematian datang kepada seseorang daripada mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap yang telah aku tinggalkan." (QS Al-Mukminuun :99)Menurut Ibnu Mas'ud dalam Tafsir Ibnu Katsir, Allah tidak memperkenankan permintaan mereka, kerana sekiranya dikembalikan mereka ke dunia, sudah pasti mereka akan terus memilih untuk terus melakukan kemaksiatan atau kembali kepada kekufuran. Kita mungkin seorang Muslim, tetapi sekiranya kematian itu tiba kepada kita dan bekal ke akhirat itu tiada, kita mungkin sahaja memohon kepada Allah sepertimana yang dipohon oleh orang-orang kafir untuk kembali ke dunia mengerjakan amal soleh yang ditinggalkan.
Waktu itu kita sedar, permohonan seperti itu tidak akan Allah tunaikan. Bagi setiap individu Muslim, kita diberi masa sesuai dengan setiap individu tersebut untuk melakukan amal soleh kepada Allah swt.
Nabi saw bersabda; "Ada dua nikmat yang sentiasa dirugikan oleh kebanyakan manusia, iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang" (HR Bukhari dari Ibnu Abbas)Sekarang sudah mula mengimpikan syurga?. Usaha menggapainya!.
Labels:
Sharing Is Caring
A man with a peculiar gate
Neurology MCQ
Question:
Two teenage girls spend their afternoon at the shopping mall 'people watching'. They notice a man with a peculiar gate. He has short shuffling steps and his arms don't swing when he walks. As he walks, his pace increases. What is this type of gait associated with?

a) Huntington's disease
b) posterior column disease
c) Parkinson's disease
d) tabes dorsalis
e) cerebellar disease
A 5 month old infant with recurrent flexor rapid sudden flexion and extension of the extremities
Neurology MCQ
Question:
A 5 month old infant with recurrent flexor rapid sudden flexion and extension of the extremities. The spasms were bilateral and symmetric, and appeared in clusters, also involving the head and trunk. On examination he was noted to have arrested psychomotor development. His EEG pattern revealed high-voltage slow waves, irregularly interspersed with spikes and sharp waves occurring randomly in all cortical areas. These features are characteristic of a

a) Atonic seizure
b) Jacksonian seizure
c) simple partial seizure
d) West's syndrome
e) Petit mal seizure
A 57 year old woman is driving home from work one evening and makes a left hand turn
Neurology MCQ
Question:
A 57 year old woman is driving home from work one evening and makes a left hand turn. She is completely unaware of a car approaching from behind on the left and she causes a minor traffic accident. She is brought to an emergency room. Her history is unremarkable, other than a complaint of chronic headaches. On physical exam, she is found to have a defect in her peripheral field of vision, but her central field of vision is fine. What would explain a loss of the field of vision on the periphery, but not a loss of the central vision?

a) pituitary adenoma
b) embolus from the internal carotid artery
c) multiple sclerosis
d) hysteria
e) chronic alcoholism
Subscribe to:
Posts (Atom)