About

This is a small world where I put together my ideas into a thought. A thought then written down by the 'sword' of my hands. I'm a believer of God. Hereafter, be my witness, just what have I done, within this blog.

"God, give me the strength to write".

Thursday, April 19, 2012

Interview Hati & Syaitan

Syaitan : Wahai hati, apakah benar kata Nabi SAW,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota, dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota. Ketahuilah, itulah hati."
Hati : Aku membenarkan kata Nabi SAW. Baik aku ini, baiklah seluruh anggota lain. Rosak aku ini, rosaklah seluruh anggota lain. Ketahuilah kamu, bahawa inilah sifatku. Kata Nabi SAW,
"Hati umpama raja dan anggota tubuh badan sebagai pengawalnya. Apabila raja memerintah dengan baik, pengawalnya tentulah bertugas dengan baik juga. Apabila rajanya melakukan sesuatu yang tidak baik, sudah tentu pengawalnya pun begitu juga."
Syaitan : Jikalau begitu, bagaimana mungkin aku boleh merosakkan seorang manusia. Aku ingin sekali mengheretnya ke neraka!.
Hati : Aku ini ibarat Raja. Aku mengarahkan seluruh anggota tubuh supaya mengikut perintahku. Semuanya berpunca daripadaku. Jika engkau mahu menyesatkan seorang manusia, engkau tawanlah hatinya. Engkau pujuk rayu hatinya, engkau menyusup masuk ke dalamnya. Maka mudahlah engkau menyesatkannya dan mengheretnya ke neraka. Tapi ingat..
Syaitan : Ingat apa wahai hati?.
Hati : Ingatlah bahawa hati yang taat kepada Allah, engkau tidak berkuasa menyesatkan tuannya. Firman Allah dalam Al-Quran,
"Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang taat) tidak ada kekuasaan bagimu terhadapnya." (Surah al-Hijr: 42)
Syaitan : Oh begitu rupanya. Penat aku usahakan Tok Lebai dan Pak Imam, susah betul aku rasa. Rupanya mereka yang taat pada Allah aku tiada kuasa untuk menyesatkan mereka.
Hati : Allah berfirman lagi dalam Al-Quran,
"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya." (Surah al-Israk:36)
Mata yang melihat, telinga yang mendengar, hati yang mengeluarkan arahan, semuanya akan diminta kesaksiannya di Akhirat kelak. Sekiranya hati itu membuat keputusan berdasarkan Al-Quran dan Sunnah, berbahagialah mereka yang memiliki hati seperti ini. Tetapi sekiranya memiliki hati yang sering membuat keputusan yang berpandukan hasutan kamu wahai syaitan, kebinasaan sahaja yang menimpa mereka!.
Syaitan : Ini berita gembira buatku!. Bersedialah wahai hati, akan ku buru kamu sebagai jalan usahaku menyesatkan tuanmu.
Hati: Aku milik tuanku, usahalah sekuat yang kamu mampu. Andai tuanku beriman, bertaqwa dan taat kepada Allah, aku menyarankan engkau berputus asa, kerana mereka mempunyai hati yang suci bersih.
Firman Allah dalam Al-Quran,
"Pada hari Akhirat kelak, anak-anak tidak akan dapat memberikan apa-apa pertolongan, kecuali mereka yang datang dengan hati yang suci bersih." (Surah as-Syu'arak:88-89)
Hati yang suci bersih, bebas daripada menjadi hamba kepada syaitan. Ketaatan, taqwa, harapan, keredaan, taubat dan berserah diri adalah semata-mata kerana Allah. Mereka tidak menjadi hamba kepada sesuatu yang lain, selain Allah.

P/s: Dialog di atas adalah rekaan semata-mata.

1 comment:

  1. as salam..nice entry..teruskan berkongsi okeyh"))

    ReplyDelete