Tetapi hampir sebulan ini, saya rasakan seolah-olah saya tidak perlu menulis lagi, kerana saya telah menemui ketenangan yang jauh lebih baik daripada sekadar menekan-nekan kekunci keyboard. Ketenangan yang bagaimana saya rasa tidak perlu disentuh disini. Tenang..sekadar tenang. (^_^)
Sehinggalah seorang sahabat ini memberi nasihat, "Gunakanlah medium ini sebagai saham akhirat". Justeru saya bermuhasabah, bahawasanya saya perlu mempergunakan sepenuhnya blog ini, menyampaikan perkara-perkara yang bermanfaat. Moga Allah kira usaha saya ini sebagai amal soleh di akhirat kelak.
Sebab saya lebih suka perbincangan, pembacaan dan perdebatan, menekan-nekan kekunci keyboard ini menyebabkan saya sedikit tertekan. Kata orang, tidak sesuai dengan fitrah diri. Tetapi saya mohon doa kalian, agar diberikan kesempatan masa, idea dan tenaga untuk meneruskan usaha ini.
Tenang!. credit
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTersenyum, dan mengimbau.
"Kata orang, tidak sesuai dengan fitrah diri"
Fitrah kita, sebagai manusia, hambaNYA adalah sentiasa berubah, sentiasa mengalami perubahan. Seperti kata-kata seseorang, "Semuanya akan mengalami perubahan, yang tidak mengalami perubahan adalah 'perubahan'.."
Kita mengalami perubahan bukan untuk berkata pendirian kita yang dahulu mula goyah tapi, perubahan itu berlaku adalah untuk memperbaiki diri kerana perjalanan kita itu sendiri masih jauh..Maka, berbahagialah dengan perubahan.
Bukanlah dimaksudkan seorang pendosa pada hari ini akan hari2 melakukan dosa, siapa tahu, sebentar lagi Allah membuka pintu hidayah buatnya, maka dia akan menjadi lebih alim, malah lebih wara' lagi dari org yg kita ketahui sememang wara'.. Subhanallah...Inilah fitrah yang perlu kita raikan dan ianya makin menjadi lebih bahagia apabila kita tahu, DIA sedang beri kita peluang..
(",)..
Menulislah di kala kita rasa kita perlu berkongsi sesuatu untuk menjadikan ianya saham akhirat, bukan kita menulis dek kerana meluah perasaan di dalam hati..Biarlah apa yang ada di dalam hati untuk pengetahuan kita dan Allah..maka sesungguhnya itulah ketenangan abadi, bercinta dalam diam2 denganNYA, asyik dan tenang, bahagia kerana alam juga turut bercanda bersama mengagungkanNYA..
Subhanallah..
SUbhanallah..
Subhanallah..
Maha Suci Allah..
Tenang dan damai, DIA di hati kita semua..