About

This is a small world where I put together my ideas into a thought. A thought then written down by the 'sword' of my hands. I'm a believer of God. Hereafter, be my witness, just what have I done, within this blog.

"God, give me the strength to write".

Sunday, March 25, 2012

Lelaki & Bola Sepak

Saya di antara lelaki yang meminati bola sepak. Pada saya, kualiti permainan, strategi perlawanan sangat-sangat menghiburkan diri. Kelab yang disokong pula gemar permainan bola yang cantik (baca: beautiful football). Kelab yang saya sokong adalah Arsenal FC, sebuah kelab di utara London, England. Liga bola sepak mereka yang kompetitif dan mempunyai pelbagai drama yang berlaku dalam dan luar padang.

Kebanyakan lelaki meminati perkara yang sama seperti saya. Asal hujung minggu sahaja, adalah kami-kami ini memenuhi kedai kopi bagi menyaksikan perlawanan-perlawanan bola sepak yang terjadual. On time pula itu. Kalau solat pun on time, inilah pemuda Islam yang kita mahukan!.

Satu perkara yang menarik hati saya untuk menaip post pada malam ini adalah berkenaan "adab-adab" kita sewaktu menonton bola. Sebab Nabi Muhammad saw diutuskan untuk memperbaiki akhlak umat pada ketika itu, maka sudah sepatutnya kita berakhlak dengan akhlak Islam, tidak kira masa, tempat dan keadaan kita pada waktu itu.

Ada lelaki yang merokok semasa menonton bola sepak. Dalam Islam ianya perkara yang memudharatkan diri dan di Malaysia ianya difatwakan haram. Sebaiknya, rokok itu kita tidak dijadikan tabiat dan dihindari kerana memberikan kesan yang tidak baik buat diri. Islam menyuruh kita memelihara nyawa, maka ikutilah ajarannya.

Ada lelaki yang bersembang kosong semasa menonton bola. Selalunya topik yang dibincangkan adalah berkenaan bola sepak. Rasulullah pesan, berkata baik, atau diam. Baguskan nasihat Baginda?. Sebab bila kita semakin banyak berkata-kata, kita semakin banyak mengungkapkan perkara-perkara yang tidak berfaedah, dan mungkin juga mendatangkan dosa. Oleh itu Baginda pesan pelihara lidah, agar lidah ini tidak mengheret kita ke neraka nanti. Yang lebih baik dari itu, bacalah Quran semasa menonton bola. Bila gol, berhenti sebentar dan kemudian sambung semula. Islam agama praktikal kan, kat mana-mana boleh praktis ajaran Islam.

Ada lelaki, sanggup bangun jam 4 pagi semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Sebab perbezaan masa di antara Malaysia dan negara tersebut agak jauh maka jadual perlawanannya juga berbeza.   Kan bagus sekiranya bangun jam 4 pagi itu, mereka bangun tunaikan solat tahajjud, taubat, hajat, istikharah, dan witir dahulu sebelum menonton perlawanan bola sepak. Hati akan rasa tenang, jiwa akan rasa lapang, sebab kita berdamping dengan Allah swt dahulu sebelum bola sepak yang kita minat. Sekali pun kalah, kita menang dengan nafsu untuk bangun menunaikan solat malam kan?.

Ada lelaki, bila pasukan yang disokong memperoleh gol, dia bersorak bagai dunia ini dia yang punya. Pemuda Islam, bila gol sahaja, dia sepatutnya mengucapkan syukur kepada Allah swt kerana pasukannya memperoleh gol. Kan hebat kalau begitu. Yang lebih hebat lagi, bertakbirlah dengan lafaz Allahuakbar. Masyarakat Arab boleh sahaja melakukannya. Sudah tiba masanya kita pula terkehadapan dalam melaksanakannya bukan?.

Contoh-contoh di atas, tiada kena mengena dengan mana-mana individu, samada yang sudah mati atau pun masih hidup. Ianya cuma nasihat saya buat diri sendiri (yang minat bola sepak ini) dan juga kalian yang juga meminati bola sepak di luar sana. Semoga kita dapat praktikkannya dalam diri, sebab Islam menuntut umatnya untuk beribadah 24 jam sehari, 7 hari seminggu kepada Allah swt. Bagaimana?. Betulkan niat apa yang kita lakukan adalah semata-mata ibadah kepada Allah swt. Pahala itu Allah swt kira lain lah kan. Semoga bermanfaat!.

0 comments:

Post a Comment